Wednesday, July 21, 2010

Friday, July 16, 2010

Sarana-sarana Dakwah

(Olahan petikan buku Bagaimana Menyentuh Hati oleh Abbas As-Siisi)

Seorang teman berkata bahawa ia merasa tidak mempunyai kemampuan untuk berdakwah, kerana dia bukan seorang yang faqih dan bukan seorang yang tahu banyak tentang metod dakwah. Adapun hadis-hadis Rasul saw. yang berkaitan dengan dakwah yang telah dibacanya merupakan sebuah barakah. Ia tidak tahu bahawa barakah harus berbuah, dan buah dari barakah adalah produktiviti.

Rasulullah saw. bersabda: "Senyummu pada wajah saudaramu adalah sedekah."

Jadi, jika anda tidak tersenyum pada wajah saudara anda, maka anda tidak mendapatkan pahala sedekah itu. Jika setiap muslim mahu memberi senyum tatkala bertemu dengan saudaranya sesama muslim, kita akan menjumpai sebuah masyarakat muslim yang berwajah cerah dan saling mencintai. Inilah barakah dari sebuah senyuman yang tulus. Allah swt. pernah menegur Rasulullah saw. tatkala beliau bermuka masam saat ditemui oleh Ibnu Maktum ra. Allah berfirman:

"Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang
buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa)."('Abasa:1-3)

Dari contoh ini anda akan mengetahui bahawa setiap yang datang dari Rasulullah adalah metod dakwah dan manhaj tarbiyah. Marilah kita mengambil salah satu contoh dari hadis-hadis berikut yang mengajarkan tentang sarana dan metod dakwah yang mudah dipelajari dan diterapkan oleh para da'i. Anda akan melihat bahawa pelajaran-pelajaran itu sangat jelas dan akan menyedari bahawa daya tangkap kitalah yang memang belum sampai.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Rasulullah saw. bahawa beliau bersabda: "Hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain ada enam: jika bertemu maka berilah salam, jika tidak kelihatan maka cari tahulah, jika sakit maka jenguklah, jika mengundang maka penuhilah, jika bersin dan mengucapkan hamdalah maka jawablah (dengan mengucapkan 'yarhamukallah', dan jika meninggal dunia maka hantarkanlah (ke kubur)."

Pertama: Jika bertemu maka berilah salam

Mengucapkan salam adalah langkah pertama, akan semakin mantap jika diikuti dengan berjabat tangan. Ucapan salam harus disertai dengan perasaan cinta, senang, dan wajah yang berseri agar fungsi ucapan salam itu terwujud. Setelah itu saling memperkenalkan nama, pekerjaan, dan tempat tinggal. Dengan demikian anda telah menapaki tahap awal dalam berdakwah.

Kedua: Jika tidak kelihatan maka cari tahulah

Watak sebuah perkenalan adalah jika seseorang yang telah anda kenal itu tidak anda lihat dalam waktu tertentu, maka anda harus mencari kabar tentang keadaannya atau menghubunginya, baik lewat telepon mahupun surat.

Ketiga: Jika sakit maka jenguklah

Sunnatullah akan berlaku pada setiap orang, maka suatu saat ia akan merasa gembira, sedih, atau sakit; dan setiap kondisi harus disikapi dengan sikap yang islami. Jika anda mendengar bahawa teman anda sakit, anda harus cepat-cepat menjenguknya, memberikan kesejukan, dan mendoakan untuk kesembuhannya; akan sangat baik lagi jika anda membawa hadiah yang sesuai.

Rasulullah saw. bersabda: "Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kerana hadiah itu akan menjadikan kalian saling mencintai." (HR. Malik dalam "Al-Muwatha")

Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa menjenguk orang sakit atau mengunjungi saudaranya sesama muslim kerana Allah, maka malaikat akan berseru kepadanya, 'Kamu dalam keadaan baik dan baikpula tempat tujuanmu, kamu pun akan ditempatkan di surga.'" (HR. Muslim)

Di tempat teman anda tersebut, anda pun dapat berkenalan dengan teman-temannya. Dengan demikian anda akan semakin banyak mempunyai kenalan. Jangan sampai kunjungan itu anda pergunakan untuk membaca quran, majalah, atau berbicara yang tidak ada gunanya, agar tujuan kunjungan tersebut dapat terwujud. Jika anda masuk rumahnya, hendaklah anda duduk di mana anda dipersilakan duduk.

Diriwayatkan dalam sebuah atsar:
"Barangsiapa masuk rumah salah seorang di antara kamu maka duduklah di tempat tersebut, kerana kaum itu lebih mengetahui aurat rumah mereka." (HR. Thabrani)

Keempat: Jika ia mengundangmu maka penuhilah

Setelah melewati tahapan-tahapan di atas maka hubungan antara kalian akan semakin erat. Suatu saat teman anda akan menghadapi keadaan-keadaan penting, seperti sukses dalam tugas, pernikahan, atau yang lainnya, lalu ia mengundang anda untuk menghadiri acara-acara tersebut. Anda harus memenuhi undangan tersebut kerana ini merupakan kesempatan berharga yang tersedia tanpa harus anda rencanakan sebelumnya. Begitu juga sebaliknya, anda pun harus mengundangnya dalam acara-acara penting yang anda adakan.

Kelima: Jika ia bersin dan mengucapkan "hamdalah" maka jawablah ucapkan "yarhamukallah" (jika perempuan bersin, jawab "yarhamukillah" - pen.)

Duduk bersebelahan dengan orang yang belum dikenal di suatu tempat, baik di perjalanan, pesta, mahupun tatkala menjenguk orang sakit, lalu orang yang duduk di sebelah anda itu bersin maka hendaklah anda menoleh kepadanya dengan wajah berseri seraya mengucapkan, "yarhamukallah (mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada anda)." Tentunya hal ini akan menjadikan dirinya merasakan sesuatu yang baru dan setelah itu anda dapat bercakap-cakap dengannya.

Keenam: Jika ia meninggal dunia maka hantarkanlah ke kuburnya

Apa yang dapat ia lakukan setelah meninggal dunia dan di kubur? Pada hakikatnya, mengantar orang lain yang meninggal ke kubur adalah mengantar dirinya sendiri, yang ia akan dapat mengambil nasihat, pelajaran, dan merenungkannya. Ini sebuah sunnah Rasulullah saw. yang menggambarkan persatuan dan kesatuan kaum mushmin. Jika sebelumnyaaAnda dapat mengenal peribadi orang yang telah meninggal dunia, maka sekarang anda dapat menggunakan kesempatan untuk berkenalan dengan keluarganya dan orang-orang yang bertakziah ke rumahnya.

Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa menghadiri jenazah hingga menyembahyangkannya, maka baginya pahala satu qirat. Barangsiapa menyaksikan hingga dikebumikan, maka baginya dua qirat." Seorang sahabat bertanya, "Apakah dua qirat itu, wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Seperti dua gunung yang besar." (Muttafaqun 'Alaih)

Tuesday, July 6, 2010

Dakwah Fardiyyah Rasulullah s.a.w.

(Olahan petikan buku Bagaimana Menyentuh Hati oleh Abbas As-Siisi)

Setelah Abu Thalib meninggal dunia, penderitaan Rasulullah saw. semakin berat, sehingga beliau pergi ke Thaif untuk mencari perlindungan dari suku Tsaqif, dengan harapan agar mereka mahu menerima ajaran Islam.

Ketika sampai di Thaif, beliau menjumpai tokoh-tokoh dari suku Tsaqif, yang
mereka itu tiga bersaudara: Abdu Yalail bin Amr bin Umair, Mas'ud, dan Hubaib. Beliau mengajak mereka untuk mengikuti ajaran Islam dan menjelaskan maksud kedatangannya. Akan tetapi, mereka tidak mahu menerima kedatangan beliau, bahkan memanggil kaumnya dan menyuruh mereka agar mengusir dan mengolok-olok Rasulullah saw.

Akhirnya Rasulullah berlindung di kebun milik Utbah bin Rabi'ah dan
Syaibah bin Rabi'ah, yang waktu itu keduanya berada di kebun tersebut dan mengetahui apa yang sedang dialami oleh Rasulullah saw. Rasulullah duduk di bawah pohon kurma. Sementara itu hati kedua pemilik kebun itu tergerak untuk menolong, lalu menyuruh pembantunya yang biasa dipanggil Adas, "Ambillah setangkai anggur dan letakkan di bekas ini, lalu berikan kepada orang itu."

Adas pun melaksanakan perintah tersebut dan datang ke hadapan
Rasulullah seraya berkata, "Silakan dimakan." Rasul menerima anggur tersebut, lalu memetiknya, setelah itu membaca "Bismillahirrahmanirrahim" dan memakannya. Mendengar bacaan itu, Adas terperanjat dan memandang Rasulullah dengan hairan. "Demi Allah, ucapan ini bukanlah ucapan penduduk negeri ini." Rasulullah berkata, "Wahai Adas, kamu berasal dari mana dan apa agamamu?" Adas menjawab, "Saya beragama Nasrani, saya dari negeri Ninawai."

Rasulullah bertanya, "Apakah dari
negerinya Yunus bin Matta, hamba Allah yang soleh itu?" Adas berkata, "Apa yang anda ketahui tentang Yunus bin Matta?" Rasulullah menjawab, "Dia adalah nabi dan saya juga seorang nabi." Mendengar jawaban itu, Adas langsung memeluk Nabi, menciumi kepala, kedua tangan, dan kedua kaki beliau. Kedua pemilik kebun itu melihat kejadian tersebut, lalu seorang di antara mereka berkata kepada yang satunya, "Pembantu kita sudah diracuni oleh laki-laki itu."

Tatkala Adas datang menghadap, keduanya berkata, "Celakalah kamu wahai Adas, apa
yang menyebabkan kamu menciumi kepala, kedua tangan, dan kedua kaki orang itu?" Adas berkata, "Tuan, tidak ada yang lebih baik dari ini. Dia telah memberi tahu kepadaku perkara yang hanya diketahui oleh seorang nabi." Mereka berkata, "Celakalah kamu wahai Adas, jangan sampai cakapnnya menjadikan kamu berpaling dari agamamu, kerana agamamu lebih baik daripada agamanya."

Saudaraku,
kita sudah membaca kisah di atas. Sekarang mari kita petik pelajaran yang ada dalamnya. Mari kita lihat bagaimana cara Rasulullah memikat hati Adas, lalu membimbingnya perlahan-lahan, hingga mahu mengikrarkan keislamannya. Tatkala Adas datang kepada Rasulullah dengan sebekas anggur lalu berkata, "Makanlah," Rasulullah memulai langkah pertamanya: beliau mengambil anggur itu dan membaca "Bismillahirrahmanirrahim", lalu memakannya.

Seandainya Rasulullah
tidak mengucapkan "Bismillahirrahmanirrahim", tentu Adas tidak akan berkomentar apa pun. Di sinilah terlihat pentingnya menonjolkan karakteristik Islam dengan melaksanakan sunnah Rasulullah, yang juga merupakan proklamasi aqidah islamiah di negara-negara nonmuslim, kerana dengan begitu kaum muslimin dapat mengenal satu sama lain.

Langkah kedua adalah tatkala Adas memandang beliau dan berkata, "Ucapan ini
bukanlah ucapan penduduk negeri ini." Rasulullah lalu berkata, "Wahai Adas kamu berasal dari negeri mana dan apa agamamu?" Rasulullah memanggilnya dengan menyebut nama Adas. Panggilan dengan menyebut nama secara langsung itu mempunyai erti yang amat besar untuk mengakrabkan sebuah persahabatan.

Kemudian beliau menanyakan tentang negeri dan
agamanya. Ini merupakan sebuah rangkaian pembicaraan yang berurutan secara rapi. Adas menjawab, "Saya beragama Nasrani, dari negeri Ninawai." Lalu Rasul bertanya, "Apakah kamu dari negerinya Yunus bin Matta, hamba Allah yang soleh itu?" Kita melihat bahawa Rasulullah menggelar Yunus as. dengan menyebut "hamba yang soleh".

Inilah yang menjadikan hati Adas semakin
tersentuh dan tertarik. la juga mengetahui bahawa Rasulullah mengetahui letak negeri Ninawai, sebuah negeri yang terletak di sebelah sungai Furat, Iraq. Ini semua menjadikan Adas semakin tertarik. Adas bertanya, "Apa yang anda ketahui tentang Yunus bin Matta?" Rasulullah menjawab, "Dia adalah saudaraku. Dia seorang nabi dan aku juga seorang nabi." Di sini terdapat sentuhan yang amat lembut.

Ungkapan Rasulullah,
"saudaraku," semakin membuat Adas tertarik dan percaya. Banyak kita jumpai orang yang bertanya tentang seseorang kemudian ia jawab, "la adalah saudaraku." Jawaban itu akan menambah keakraban dan rasa percaya. Dari nada bicara Rasulullah itu terlihat sifat tawadhu' beliau, yaitu beliau menyebut nama Yunus a.s. lebih dahulu sebelum menyebut nama beliau sendiri. Di sini terdapat pelajaran yang amat penting dan berharga bagi seorang da'i.

Banyak di antara kita yang tatkala membicarakan seseorang yang mempunyai
"kelebihan" mengatakan, "Dia sekolahnya bersamaan dengan saya," atau "Dia dulu satu fakulti dengan saya." Padahal yang lebih baik adalah, "Saya dulu bersamanya waktu di sekolah menengah," atau "Saya dulu satu fakulti dengannya."

Saudaraku,
inilah yang terjadi antara Rasulullah dengan Adas. Sebuah kisah yang sederhana dan mudah dicerna. Jadi, bagi da'i yang ingin memetik pelajaran dari kisah ini tidak akan merasa kesulitan.

Saudaraku,
sekarang marilah kita perhatikan kisah-kisah yang lain. Ada beberapa orang yang ingin menjumpai Rasulullah saw. Salah seorang di antara mereka menceritakan, "Kami berusaha mencari tahu tentang Rasulullah, kerana kami belum pernah mengenal dan melihatnya. Kami bertemu dengan seorang laki-laki, lalu kami bertanya kepadanya tentang Rasulullah. la menjawab, 'Apakah kalian mengenalnya?'

Kami menjawab, 'Tidak.' Ia berkata, 'Jika kalian masuk ke dalam masjid, maka
Muhammad adalah seseorang yang duduk bersama Abbas bin Abdul Muthalib yang tak lain adalah bapa saudaranya.' Kami menjawab, 'Ya, kami mengenal Abbas, dia sering datang kepada kami untuk berdagang.' la berkata, 'Jika kalian masuk masjid, maka Muhammad adalah orang yang duduk bersama Abbas.' Kemudian kami masuk ke dalam masjid dan kami menjumpai Rasulullah yang sedang duduk bersama Abbas.

Kami memberi salam, lalu duduk di dekat mereka. Kemudian Rasulullah bertanya
kepada Abbas, 'Wahai Abu Fadhl, apakah engkau mengenal dua orang ini?' Abbas menjawab, 'Ya. Ia adalah Bara' bin Ma'rur, seorang pemuka kaum dan ini Ka'ab bin Malik.' Rasul bertanya, 'Apakah dia penyair yang terkenal itu?' Abbas menjawab, 'Ya.'" Sungguh, saya (Abbas) tidak pernah melupakan ucapan beliau, "Apakah dia penyair yang terkenal itu?" Demikianlah metod Rasulullah dalam memikat hati mad'unya.

If The Prophet (s.a.w.) Was Among Us

Friday, July 2, 2010

Dakwah Fardiyyah Dalam Bas / Tren

(Olahan daripada buku: Bagaimana Menyentuh Hati oleh Abbas As-Siisi)

Waktu itu saya sedang naik bas, tiba-tiba ada seorang pemuda berjanggut yang berusia tidak lebih dari tujuh belas tahun naik dan duduk di sebelah saya. Pada waktu itu janggut merupakan pemandangan yang sangat jarang ditemui. Hati saya mengatakan, "Ini adalah kesempatan yang baik untuk berkenalan dengannya."

Lalu
dengan senyum tipis saya bertanya kepadanya, "Maaf, kalau boleh saya tahu saudara ini memanjangkan janggut kerana tradisi atau kerana ibadah?" Kelihatannya ia tidak faham dengan pertanyaan saya, lalu saya ulangi, "Kerana sunnah atau kerana yang lain?" Ia menjawab, "Kerana sunnah Rasulullah saw." Lalu saya berkata dengan gembira, "Masya Allah, Allahu Akbar!"

Kemudian saya cepat-cepat menghulurkan
tangan dan memperkenalkan diri, "Saya saudaramu seaqidah dari Rasyid. Saya seorang pedagang." Ia pun lalu memperkenalkan diri, "Saya saudaramu seaqidah juga. Saya siswa sekolah menengah atas di Al-Abbasiyah." Kemudian saya hafal nama dan alamatnya pada waktu itu juga. Saya sengaja memulai dengan memperkenalkan nama saya, kerana jika menanyakan namanya terlebih dahulu mungkin ia akan curiga, lebih-lebih situasi waktu itu sangat sibuk.

Setelah melewati beberapa terminal, ia turun dan saya merasa gembira kerana
dapat berkenalan dengannya. Setelah kejadian itu, saya pun sering menghubunginya. Di setiap perjalanan, saya biasa membawa akhbar, quran, atau majalah. Biasanya, tatkala anda membaca quran, orang yang duduk di sebelah anda akan melirik dan ikut membaca. Di saat inilah anda dapat meminjamkan quran pada orang tersebut. Setelah selesai membaca, ia akan mengembalikan quran itu dengan mengucapkan terima kasih. Di saat itulah anda dapat berkenalan dengan memulai pembicaraan tentang topik yang dibahas dalam quran tersebut dan bagaimana tanggapan anda tentang topik tersebut.

Jika memang tidak memungkinkan, sebuah perkenalan tidak harus diakhiri
dengan mengetahui nama masing-masing, tetapi yang perlu diperhatikan adalah hendaknya pembicaraan yang berlangsung itu berkisar sekitar dakwah islamiah, kerana tugas kita adalah menyebarkan fikrah yang lslami. Mudah-mudahan anda dapat bertemu dengannya pada kesempatan yang lain dan boleh berkenalan lebih jauh lagi.

Kadang-kadang duduk di sebelah saya seseorang yang belum saya kenal, dan
saya terfikir bagaimana cara memulai pembicaraan. Jika saya lihat orang itu berkulit putih, saya bertanya kepadanya dengan pertanyaan yang kedengarannya bodoh, "Apakah saudara dari Sudan?" Lalu ia melihat kepada saya dengan pandangan kehairanan dan seakan-akan ingin berkata, "Apakah anda buta?" Akan tetapi saya mendahului berkata, "Saudara jangan marah, kerana saya pernah melihat orang Sudan yang berkulit putih. Kalau begitu, saudara ini dari mana?" Dengan begitu saya telah membuka tirai kebisuan di antara kami, dan setelah itu kami dapat melanjutkan pembicaraan.

Jika orang itu berkulit coklat maka saya bertanya, "Apakah saudara dari
Qubrus?" Begitulah seterusnya. Inilah cara yang kadang-kadang saya pakai untuk membuka pembicaraan. Suatu saat saya diundang untuk memberikan ceramah di pejabat kawasan Ikhwanul Muslimin di Matras, terletak di pinggir kota Iskandariah. Pejabat kawasan itu terletak jauh dari jalan raya, kira-kira satu kilometer.

Tatkala saya turun dari bas, ada
beberapa pemuda yang juga turun. Meskipun saya sudah mengetahui letak pejabat kawasan itu, tetapi saya minta mereka agar mahu menunjukkan tempat pejabat tersebut. Di tengah perjalanan kami berbincang-bincang tentang dakwah islamiah, dan tak lupa saya maklumkan juga acara yang diadakan di pejabat kawasan Ikhwanul Muslimin itu. Setelah sampai di tempat tujuan, beberapa dari pemuda tersebut ikut bersama saya, dan di pejabat itulah kami lebih mengenal satu sama lain.

Suatu ketika kami dalam perjalanan dari Iskandariah ke Asyuth, ibukota Sha'id.
Perjalanan itu membutuhkan waktu yang lama, sehingga kami membawa banyak makanan ringan. Waktu itu kereta api tergendala di tengah jalan lebih dari dua jam. Didorong oleh hadits, "Barangsiapa mempunyai kelebihan bekal, hendaklah memberikannya kepada orang yang tidak mempunyai bekal", (HR. Muslim) Maka salah seorang di antara kami berdiri dan membagi-bagikan makanan kepada para penumpang. Dengan demikian kami sudah membuka pintu untuk saling mengenal, dan kejadian itu meninggalkan kesan yang baik dihati mereka.

Dulu, sebelum mengenal cara-cara yang Islami dalam berdakwah, saya sering
menggunakan cara-cara hasil ijtihad saya sendiri untuk memulai perkenalan. Suatu waktu saya pernah dengan sengaja memijak kaki orang yang berdiri di sebelah saya sewaktu naik tren. Orang itu lalu berteriak marah, "Apakah Anda buta?" Saya menjawab dengan tenang, "Jangan terburu marah, wahai saudaraku. Memang saya ini seperti orang buta, kerana penglihatan saya yang sudah lemah." Lalu orang tersebut meminta maaf. Dengan demikian saya dapat mulakan perkenalan.

Thursday, July 1, 2010

Lagu IKRAM

Dakwah Fardiyyah: Menghafal Nama

(Diolah dari petikan buku: Bagaimana Menyentuh Hati oleh Abbas As-Sisi
mengenai pendekatan Dakwah Fardiyyah)

Menghafal nama adalah hal yang penting, kerana dari sinilah terjadi interaksi dan lahir sifat saling percaya sesama individu. Ia merupakan langkah awal dan benang pertama yang mengikat antara hati individu.

Ia adalah benang yang mengikat bola-bola kecil yang berserakan. Setiap orang tentu akan merasa senang jika dipanggil dengan namanya, apalagi dengan nama yang paling ia sukai.

Menghafal nama mempunyai peranan yang amat penting. Oleh kerana itu, dipaparkan beberapa kaedah yang dapat membantu permasalahan ini.

1. Hendaklah kita tanamkan rasa ingin dan suka menghafal nama orang lain.

2. Ketika sedang berkenalan, hendaklah kita siap untuk menghafal namanya — secara lengkap atau sebahagian saja — lalu mengingat-ingat dan menggunakannya pada saat itu juga tatkala bercakap-cakap.

3. Nama biasanya terdiri dari tiga bahagian: namanya sendiri, nama orang tuanya, dan nama keluarganya. Nama yang paling disukai oleh pemiliknya adalah namanya sendiri atau kuniah-nya (nama panggilan yang disukainya - pen.)

4. Ketika berkenalan dengan nama yang baru, anda harus mengingat orang-orang yang mempunyai nama yang sama — yang telah anda kenal sebelumnya — agar mudah untuk menghafal.

5. Pada waktu berkenalan, anda perlu memerhatikan wajah dan keadaannya; apakah ia berjanggut, memakai kaca mata, bagaimana warna kulit, suara, bentuk tubuhnya, pekerjaannya, serta di mana dan bagaimana perkenalan itu berlangsung.

6. Untuk memantapkan ingatan, anda boleh menulis nama-nama tersebut, dan setiap kali bertemu hendaklah anda memanggil mereka dengan nama-nama tersebut. Jika tempat tinggalnya jauh, hendaklah anda mengirim surat kepadanya, kerana ini mempunyai impak yang amat besar dalam mempererat hubungan anda dengan mereka. Surat menyurat itu sendiri merupakan sarana dalam tarbiyah.

7. Ketika bertemu lagi, anda perlu mengingat-ingat pertemuan-pertemuan sebelumnya dan pertemuan yang pertama kali, kerana ini dapat membantu anda dalam mengingat namanya dengan cepat.

8. Berkenalan dengan seseorang merupakan pintu bagi anda untuk berkenalan dengan teman-temannya, hingga anda mempunyai data nama yang amat banyak. Anda pun harus berusaha agar nama-nama itu tetap melekat di kepala. Rasulullah saw. bersabda:

"Termasuk sifat angkuh adalah seseorang yang masuk ke dalam rumah temannya, lalu dihidangkan kepadanya makanan, ia tidak mahu memakannya; dan seorang laki-laki yang bersama-sama dengan laki-laki lain dalam perjalanan, tetapi ia tidak menanyakan namanya dan nama orang tuanya." (HR. Ad-Dailami)

Wednesday, June 30, 2010

Tiga Karakteristik Manusia

(Diolah dari petikan buku: Bagaimana Menyentuh Hati oleh Abbas As-Sisi mengenai pendekatan Dakwah Fardiyyah)


Dalam kehidupan ini manusia dapat dikelaskan dalam tiga kategori, iaitu:


1. Manusia yang Berperilaku dengan Akhlak Islamiyyah


Ia adalah orang yang rajin beribadah dan rajin ke masjid. Orang yang seperti ini perlu diutamakan (untuk dakwah fardiyyah), kerana mereka lebih dekat dengan dakwah kita, sehingga tidak memerlukan tenaga yang banyak dan untuk mengajak mereka pun tidak banyak kesulitan, insya Allah.


2. Manusia yang Berperilaku dengan Akhlak Asasiyyah


Ia adalah orang yang tidak taat beragama, tetapi tidak mahu terang-terangan dalam berbuat maksiat kerana ia masih menghormati harga dirinya. Orang-orang semacam ini menempati urutan kedua.


3. Manusia yang Berperilaku dengan Akhlak Jahiliyyah


Ia adalah orang yang bukan dari golongan pertama atau kedua. Dialah orang yang tidak peduli terhadap orang lain, sedang orang lain menjauhinya kerana perbuatan dan perangainya yang keji. Rasulullah saw. Bersabda:


"Sesungguhnya sejelek-jelek tempat manusia di sisi Allah pada hari kiamat adalah orang yang ditinggalkan (dijauhi) masyarakatnya kerana takut dengan kejelekannya." (HR. Bukhari dan Muslim)


Golongan inilah yang disebut dalam sabda Rasulullah saw. sebagai: "Sejelek-jelek teman bergaul". (HR. Muslim)


Orang-orang semacam ini menempati urutan terakhir dalam keutamaan dakwah fardiyyah. Ada seseorang berdiri di bawah pohon epal yang sedang berbuah lebat. Jika ia ingin memetik, ia terlebih dulu memetik buah yang dapat dijangkau dengan tangannya. Jika sudah habis, dan tinggal yang paling atas, maka jika dapat dijangkau buah itu akan dipetik dan kalau tidak, buah tersebut tidak akan terpetik.


Bukan bererti seorang da'i harus tetap berpegang dan terikat dengan urutan ini, kerana kadangkala keadaan boleh mengubah pandangannya dalam hal ini — dengan izin Allah — seperti yang terjadi pada Umar bin Khathab r.a., Khalid bin Al-Walid r.a., Amru bin Al-Ash r.a., dan yang lain.


Ada seseorang yang pergi ke pantai untuk memancing ikan dengan membawa peralatan pancing. Menurut pengalamannya, dengan peralatan yang ia bawa itu hanya akan mendapatkan ikan-ikan kecil. Tetapi pada saat itu ia terkejut kerana mendapat ikan yang besar.


Ada beberapa pemuda dari daerah Bulaq, Kaherah, yang berkeliling mencari tanah yang kosong untuk digunakan sebagai tempat peringatan Maulid Nabi Muhammad s.a.w., yang akan dihadiri oleh Imam Hasan Al-Banna sebagai pembicara. Di sebelah warung makan, mereka menjumpai tanah lapang, lalu mereka bertanya kepada pemilik warung makan tersebut. Pemilik warung itu adalah Ustaz Ibrahim Karrum, seorang tokoh dari daerah Bulaq yang disegani oleh pemerintah yang berkuasa pada waktu itu dan disegani pula oleh kawan sendiri.


Setelah mengetahui maksud dan tujuan pemuda-pemuda itu, beliau menyambutnya dengan sambutan yang luar biasa dan menyatakan kesediaannya. Setelah mereka kembali, mereka menceritakan kejadian yang baru saja mereka alami kepada Ustaz Hasan Al-Banna.


Ketika Ustaz Al-Banna berangkat untuk berceramah dalam acara tersebut, terlebih dahulu beliau mengunjungi Ustaz Ibrahim Karrum dan mengucapkan terima kasih atas kebaikannya. Begitu pula tatkala beliau mulai berceramah, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Ibrahim Karrum untuk kedua kalinya.


Sejak saat itu, Ustaz Ibrahim aktif dalam Jamaah Ikhwanul Muslimin. Pada bulan Mac 1954, beliau memimpin demonstrasi besar-besaran terhadap Jamal Abdul Naser. Mereka menuntut agar Presiden Muhammad Najib dipulangkan ke Mesir dan anggota Ikhwanul Muslimin yang dipenjara dibebaskan. Beliau juga pernah dipenjara bersama anggota Ikhwanul Muslimin yang lain. Semoga Allah swt. memberikan rahmat kepadanya.


Tatkala seorang da'i melihat beberapa pemuda — yang wajah mereka menyiratkan ketaatan — maka ia berkeinginan untuk berkenalan dan mengajak mereka ke jalan dakwah. Yang perlu diperhatikan adalah dalam mendekati mereka, diperlukan langkah yang cermat, kerana biasanya pemuda-pemuda ini mempunyai seseorang yang mereka segani dan hormati. Jika seorang da'i dapat mendekati orang tersebut, sangat dimungkinkan pemuda-pemuda itu mengikuti dakwah kita.


Namun jika pendekatan ini tidak berhasil, sebagai da'i, ia tidak boleh putus asa. Ia perlu mendekati salah satu pemuda — di antara pemuda-pemuda tadi — yang pemahamannya terhadap dakwah islamiah lebih mantap, bergaul dengannya — dan juga yang lain — dengan sabar dan penuh kasih sayang tanpa menyinggung permasalahan yang dapat menyebabkan hubungan itu terganggu. Jika — dengan izin Allah — pemuda itu mahu menerima ajakan kita, ini akan sangat membantu usaha kita untuk mengajak teman-temannya yang lain.


Pendekatan itu perlu dilakukan dengan lemah lembut. Kita harus menyedari bahawa kita tidak diwajibkan untuk memastikan mereka semua menerima ajakan kita, namun jika mereka semua menerima ajakan kita, itu adalah rahmat dari Allah. Hanya Dialah yang berhak memberikan hidayah. Allah berfirman:


"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberikan petunjuk kepada orang yang kamu cintai, tetapi Allah-lah yang memberi hidayah kepada yang dikehendaki-Nya dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk." (Al-Qashash: 56).



Ayat ini menjelaskan bahawa walaupun kita memberikan segenap hati kita untuk mengajak mad'u kita, tetapi hanya Allah-lah yang berhak membolak-balikkan hati orang tersebut.


Seorang tukang roti berdiri di depan forn (tempat pembakaran roti), sambil memasukkan potongan-potongan roti ke dalamnya. Setelah menunggu beberapa saat, ia mengeluarkan roti yang sudah masak dan membolak-balikkan yang belum masak. Setiap kali ada roti yang sudah masak, ia akan mengeluarkannya. Sudah pasti ada beberapa potong roti yang jatuh ke dalam api dan terbakar.


Inilah keadaan da'i tatkala berdakwah di masyarakat; ia memberi sekaligus menerima (give and take). Suatu saat ia mendekat dan pada saat yang lain ia menjauh.


Ia akan memberi kepada setiap orang sebagaimana seorang doktor yang memberikan ubat dengan berlaku sabar. Setelah selang beberapa waktu, di antara mereka sudah ada yang tersinari oleh cahaya iman (inilah roti yang telah masak), ada yang menyambut ajakan tersebut kerana perasaan takut, ada yang menyambut ajakan tersebut kerana malu, ada yang bersikap angin-anginan, ada pula yang menjauh, dan bahkan ada yang berlaku tidak baik terhadap sang da'i. Untuk menghadapi mereka itu, kita tidak boleh putus asa, tetapi perlu terus berusaha sehingga yang ditunggu-tunggu dapat dipetik, disertai doa agar Allah membukakan hati mereka.


Adapun da'i yang menghabiskan waktunya hanya untuk satu orang dengan harapan agar orang tersebut mahu menerima ajakannya adalah tidak benar. Orang tersebut akan merasa bahawa dirinya diajak dengan cara yang sangat berlebihan, sehingga ia akan berprasangka buruk, dan boleh jadi ia akan lari dari ajakan itu, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Allah swt.


Kaedah yang harus kita perhatikan adalah: "Ambillah yang mudah dan tinggalkan yang sulit, jika ada yang mudah".

Saturday, May 15, 2010

Sang Murabbi - Trailer

Trailer yang menaikkan semangat dakwah
di kalangan murabbi/murabbiah. Jom refresh
kembali agenda dakwah dan tarbiyah kita!